Quantcast

Pengertian Dosa dalam Islam

classic Classic list List threaded Threaded
25 messages Options
12
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Pengertian Dosa dalam Islam

rahat
Salam Hormat semua...

Saya ingin mengacukan soalan mengenai Dosa....
Di dalam Islam apakah yang dimaksudkan/difinisi  dosa itu?
Apakah akibat dari Dosa-dosa itu?
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Pengertian Dosa dalam Islam

Imam
Administrator
Pengertian dosa dalam Islam ialah :
Balasan buruk kerana tidak patuh kepada perintah Allah swt dan melanggar larangan-Nya

Sebab-sebab mendorong kearah melakukan dosa:

a. Kejahilan mereka tentang ajaran agama sehingga tidak dapat membezakan yang hak(benar) dengan batil (salah).
b. Dipengaruhi oleh nafsu.
c. Tidak mempercayai hari pembalasan dan hari kebangkitan semula yang akan membalas setiap perlakuan manusia semasa di dunia
d. Kesempitan hidup seperti kemiskinan.
e. Tamak haloba terhadap harta benda dan kuasa.

Dosa terbahagi kepada 2 iaitu Dosa Besar dan Dosa Kecil

a. Dosa Besar

Kesalahan yang diberikan amaran azab yang keras oleh Allah swt di akhirat seperti derhaka terhadap ibu bapa dan diperuntukkan hukuman tertentu di dunia seperti membunuh.

b. Dosa Kecil

Kesalahan yang tidak diberikan amaran azab yang keras  di akhirat dan tidak diperuntukkan hukuman tertentu di dunia seperti melihat aurat orang yang bukan muhrim.

Akibat dari dosa
1. Masyarakat akan berada dalam kemunduran, kesesatan, dan lemah jika sebahagian besar masyarakat terdedah dengan dosa.
2. Kehidupan seseorang yang melakukan dosa  diselubungi ketakutan dan kebimbangan.
3. Tidak akan dipandang mulia oleh masyarakat.

Semoga mendapat hidayah-NYA
Add fb saya imam_islam90@yahoo.com untuk maklum balas secepatnya
www.seehat.net
   Imam
Moderator
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Pengertian Dosa dalam Islam

rahat
Setiap manusia tidak pernah patuh kepada perintah Tuhan bukan.Jadi manusia semua harus dihukum kerana tidak patuh...

Adakah dalam AL-Quran tertulis tentang dosa besar dan dosa kecil ini,dan juga apa hukumannya.Sila berikan.

Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Pengertian Dosa dalam Islam

Toyeng
Memang semua manusia tidak terlepas dari dosa kecuali para nabi dan rasul kerana mereka bersifat maksum. Para nabi dan rasul juga telah Allah pelihara mereka dari melakukan maksiat. Allah juga telah menutup pintu syaitan kepada para nabi dan rasul contoh kisah Nabi Muhammad S.A.W yang telah dibelah dadanya oleh Jibrail untuk membuang darah hitam dalam hati dan dibasuh dengan air zam-zam. Manusia akan dihukum kerana melakukan maksiat tetapi apabila kita selidiki salah satu sifat Allah iaitu At-Tawwab(Maha Penerima Taubat), maka orang Islam digalakkan bertaubat seorang Allah menutup pintu2 taubatNya iaitu apabila matahari terbit di barat.

Allah tidak mengklasifikasikan tentang dosa besar dan dosa kecil dalam Al-Quran, tetapi pengkelasan dosa dibuat dengan sepakat ulama(ijmak ulamak). Salah satu cara untuk mengetahui samada dosa besar atau kecil ialah, apabila kita membaca Al-Quran ada ayat yang mengatakan bahawa Allah melaknat perbuatan tersebut, ulama mengatakan itulah dosa besar.

Untuk membersihkan dosa besar, kita diwajibkan bertaubat kepada Allah dan menyesal dengan perbuatan itu. Manakala ada hadis mengatakan bahawa dosa kecil boleh gugur dengan bersolat, berwuduk, dan juga melakukan perkara kebajikan.

Wallahu'alam...
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Pengertian Dosa dalam Islam

Toyeng
RALAT.......

.........digalakkan bertaubat sebelum Allah menutup pintu2 taubatNya.........
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Pengertian Dosa dalam Islam

rahat
In reply to this post by Toyeng
Dimana ayatnya dalam AL-Quran yang mengatakan Nabi tidak memiliki dosa/tidak melakukan dosa
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Pengertian Dosa dalam Islam

rahat
In reply to this post by Toyeng
Apakah erti taubat atau definisi taubat itu sendiri dalam islam?
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Pengertian Dosa dalam Islam

Imam
Administrator
In reply to this post by rahat
adakah anda tahu apa itu 'maksum'?

adakah anda percaya Nabi yang diutus sebagai contoh melakukan dosa?
Semoga mendapat hidayah-NYA
Add fb saya imam_islam90@yahoo.com untuk maklum balas secepatnya
www.seehat.net
   Imam
Moderator
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Pengertian Dosa dalam Islam

rahat
Sila jelaskan?
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Pengertian Dosa dalam Islam

Ulangan
imam akan membahaskannya.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Pengertian Dosa dalam Islam

rahat
Terimakasih
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Pengertian Dosa dalam Islam

Imam
Administrator
maaf tertinggal forum ini, yang anda inginkan dalil tentang nabi maksum?

“Tidak selayaknya seorang nabi berbuat pengkhianatan.” (Q.S. Ali Imran:161)
Semoga mendapat hidayah-NYA
Add fb saya imam_islam90@yahoo.com untuk maklum balas secepatnya
www.seehat.net
   Imam
Moderator
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Pengertian Dosa dalam Islam

rahat
Tiada bukti mengatakan nabi tidak melakukan dosa bukan......Anda memberikan ayat yang langsung tidak membuktikan nabi tidak melakukan dosa.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Pengertian Dosa dalam Islam

Imam
Administrator
“Tidak selayaknya seorang nabi berbuat pengkhianatan.” (Q.S. Ali Imran:161)

pengkhianatan adalah bermaksud melanggar perintah. Jika ayat diatas mengatakan Nabi tidak layak berbuat pengkianatan, sama juga maksudnya tidak melanggar perintah Allah. Inilah dinamakan maksum
Semoga mendapat hidayah-NYA
Add fb saya imam_islam90@yahoo.com untuk maklum balas secepatnya
www.seehat.net
   Imam
Moderator
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Pengertian Dosa dalam Islam

rahat
Imam wrote
“Tidak selayaknya seorang nabi berbuat pengkhianatan.” (Q.S. Ali Imran:161)
Ayat itu mengatakan "tidak selayaknya nabi berbuat penghianatan" dan bukannya mengatakan nabi tidak pernah berbuat penghianatan iaitu anda katakan sebagai melanggar perintah Allah.
Nur
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Pengertian Dosa dalam Islam

Nur
apa yang anda faham dengan ayat itu?
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Pengertian Dosa dalam Islam

rahat
anda terangkan?
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Pengertian Dosa dalam Islam

Imam
Administrator
“Tidak selayaknya seorang nabi berbuat pengkhianatan.” (Q.S. Ali Imran:161)

Jika Allah sendiri menyatakan tidak selayaknya Nabi membuat pengkhianatan, adakah Allah akan melanggar janjinya?
Semoga mendapat hidayah-NYA
Add fb saya imam_islam90@yahoo.com untuk maklum balas secepatnya
www.seehat.net
   Imam
Moderator
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Pengertian Dosa dalam Islam

rahat
Imam wrote
“Tidak selayaknya seorang nabi berbuat pengkhianatan.” (Q.S. Ali Imran:161)

Jika Allah sendiri menyatakan tidak selayaknya Nabi membuat pengkhianatan, adakah Allah akan melanggar janjinya?
Bukan sahaja Nabi tidak layak untuk buat penghianatan tetapi itu juga perintah kepada seluruh manusia.....tetapi itu  bukan membuktikan bahawa nabi tidak pernah melakukan dosa. Kalau mungkin ayatnya mengatakan "Nabi tidak pernah berbuat dosa"...baru betul.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Pengertian Dosa dalam Islam

Ulangan
apa buktinya ayat itu diperintahkan untuk manusia sedangkan hanya perkataan 'nabi' yang dinyatakan diatas? adakah anda mengerti bahasa arab? ingin saya jelaskan ayat diatas melalui bahasa arab?
12
Loading...